Select Page

Marketplace Jemaah Malaysia

Selamat datang ke MJM (Marketplace Jemaah Malaysia), satu laman ringkas yang dibuat khas untuk menempatkan listing jemaah untuk rujukan dan panduan umum

Jemaah apa pulak ni? Sesat lorhh

Ampunn pakk. Jemaah ini bukan ajaran sesat tapi ada program kongsi beli antara ahli yang bersetuju untuk membuat pembelian bersama untuk aplikasi/sumber online. Antara aplikasi yang biasa dijemaah adalah seperti berikut

Pembanggunan Web

Ini termasuklah plugin, theme atau script yang membantu mencantikkan atau menambah fungsi pada laman web.

Pengurusan Klien

Menguruskan ratusan atau ribuan klien berpotensi dengan lebih sistematik dengan penggunaan bot, bantuan visual atau pengurusan flow pembelian.

Analisa Maklumat

Alat bantuan pengurusan dan petaksiran data yang dikumpul sama ada melalui sistem analytics atau daripada pengiklanan semasa.

Cambest camne nak guna?

MJM masih lagi dalam beta stage. Kita guna Dokan untuk membuat personal store bagi setiap penganjur jemaah. Di sini penganjur boleh membuka store mereka dan membuka jemaah mereka dengan mudah.

Selamat ke MJM / Jemaah?

Ini semua bergantung kepada imam/penganjur jemaah bagi setiap program. MJM tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan. Ahli jemaah disarankan memilih penganjur yang berkaliber tinggi dan pernah menguruskan jemaah bagi memastikan program berjalan lancar tanpa sebarang isu.

Semua Jemaah dalam SATU tempat untuk semua.

Paling-paling tak itulah harapannya. Sama ada mecapai maklamat atau tak bergantung kepada ahli untuk menggunakan platform ini. Feedback anda semua amat dihargai.

"Selepas menggunakan platform ini saya rasa saya boleh tidur lebih lena sebab come lote pastu senang sangat nak guna. Percuma pulak tu. Fuyoo Fuyoo."

– Faiz (Admin)

Bersedia untuk bermula?